Pages

Monday, December 26, 2016

Kelantan Feat. Makanan Manis

Orang Kelantan memang suka makan manis eh ?
Dulu, ye.


Assalamualaikum dan hai semua !


Entry aku kali ini nak menceritakan di sebalik kenapa makanan di Kelantan semuanya manis (not literally semua, ada jugak yang tak).

Entah betul ke tidak cerita ni tapi ada logikal jugak la bunyinya. Cerita ni aku buka telinga, dengar perbualan 2 orang yang berumur 30an mungkin - dalam bas menuju balik ke Kelantan.

Ceritanya bermula bila salah seorang dari mereka yang tanya kenapa makanan di Kelantan manis, maka jawablah seorang lagi,


"Sebab dulu, orang tua kita dia bersawah. Tanam padi. Diorang ni perlukan banyak tenaga untuk  buat itu ini. Jadi diorang makan la makanan yang manis. Nak dapatkan tenaga tu. Sebab tu kita tengok orang dulu takde yang kencing manis sebab diorang makan manis lepas tu buat kerja.

Tak macam kita. Makan makanan manis, tapi kerjanya tak buat. Sebab tu la banyak kes kencing manis kat Kelantan ni."



Hmm. Logik jugak, kan ?
Seakan budaya di Kelantan bergerak tak seiring.
Budaya hidup makin galak ke depan, tapi budaya makannya masih lagi tidak mengikut arus zaman. 
Kes kencing manis dikelantan makin meningkat, tapi sayang, gula dalam teh tarik makin dipekat.

Rakyat Kelantan kena sedar akan perkara ini. Kencing manis bukan boleh dibuat minum. Ianya penyakit, sedara sedari. Kencing manis mengehadkan aktiviti hidup kita.


"Badan ni kita nak guna lama. Nak guna sampai zaman cucu cicit kita. Jadi kalau dari awal dah dapat kencing manis, nanti tak best la kalau cucu cicit kita bawak kek."
-Prof Aedah-


Jadi, ayuh ubah budaya makanan kita supaya kita boleh makan kek di masa tua kita!


Sekian, entry acah YB.

No comments:

Post a Comment