Pages

Monday, December 26, 2016

Kelantan Feat. Makanan Manis

Orang Kelantan memang suka makan manis eh ?
Dulu, ye.


Assalamualaikum dan hai semua !


Entry aku kali ini nak menceritakan di sebalik kenapa makanan di Kelantan semuanya manis (not literally semua, ada jugak yang tak).

Entah betul ke tidak cerita ni tapi ada logikal jugak la bunyinya. Cerita ni aku buka telinga, dengar perbualan 2 orang yang berumur 30an mungkin - dalam bas menuju balik ke Kelantan.

Ceritanya bermula bila salah seorang dari mereka yang tanya kenapa makanan di Kelantan manis, maka jawablah seorang lagi,


"Sebab dulu, orang tua kita dia bersawah. Tanam padi. Diorang ni perlukan banyak tenaga untuk  buat itu ini. Jadi diorang makan la makanan yang manis. Nak dapatkan tenaga tu. Sebab tu kita tengok orang dulu takde yang kencing manis sebab diorang makan manis lepas tu buat kerja.

Tak macam kita. Makan makanan manis, tapi kerjanya tak buat. Sebab tu la banyak kes kencing manis kat Kelantan ni."



Hmm. Logik jugak, kan ?
Seakan budaya di Kelantan bergerak tak seiring.
Budaya hidup makin galak ke depan, tapi budaya makannya masih lagi tidak mengikut arus zaman. 
Kes kencing manis dikelantan makin meningkat, tapi sayang, gula dalam teh tarik makin dipekat.

Rakyat Kelantan kena sedar akan perkara ini. Kencing manis bukan boleh dibuat minum. Ianya penyakit, sedara sedari. Kencing manis mengehadkan aktiviti hidup kita.


"Badan ni kita nak guna lama. Nak guna sampai zaman cucu cicit kita. Jadi kalau dari awal dah dapat kencing manis, nanti tak best la kalau cucu cicit kita bawak kek."
-Prof Aedah-


Jadi, ayuh ubah budaya makanan kita supaya kita boleh makan kek di masa tua kita!


Sekian, entry acah YB.

Monday, December 19, 2016

Ear•gasm (îr\'gāz\'em/)

Entah betul ke tidak terms yang aku guna tu.
Apapun,

Assalamualaikum dan hai semua !


Entry kali ini aku nak ceritakan 2 benda yang never fail buat aku tetiba mengantuk. Apa dia ?

1. Jari ketuk-ketuk ala-ala bunyi ‘drum’.
2. Nyanyian suara yang mendayu.


Entah kenapa. Aku memang akan automatik jadi mengantuk bila dengar bunyi-bunyi camtu. Dia bukan jadi mengantuk je, tapi datang sekali perasaan pleasure and high tu. Aku rasa betul dah terms dia - eargasm. Rasa cam "tolong jangan stop". LOL.




Yang bunyi ketuk-ketuk ni, irama dia kena cantik la. Kalau main ketuk je tak jadi. Sekolah menengah aku dulu ada marching band. Jadi, ramai la budak kelas aku yang acah nak jadi drummer. Kayu drum takde, so pakai jari. Ya Allah nikmat weh ngantuk dalam high ni. Tambah pulak ada yang nyanyi.

Yang nyanyi mendayu ni pulak. pernah sekali aku tetiba shutdown bila roomate aku nyanyi. Lagu tu lagu biasa-biasa je. Tapi, dia buat versi sendiri. Banyak part yang dia tarik-tarik. Pehh layan habis. Dia tarannum Quran pun best 👍. Kalau boleh nak je dia nyanyi tiap-tiap malam.




Jadi, salah satu ciri-ciri isteri yang aku nak cari is yang pandai nyanyi dayu-dayu. Mintak dia nyanyi malam-malam. Senang aku nak tidur.

Okay la. Cukup ah tu for entry kali ni. Sudden end betei la entry ni. Banyak nak cakap pasal benda ni act. Tapi entah la tetiba hilang habis apa yang aku nak cakap.

Bye.


Sunday, December 18, 2016

Sahabat Sehidup Semati ? Mimpi.

Tak. Mimpi pun takkan ada.


Assalamualaikum, hai semua !

Jadi, entry kali ni akan menceritakan sedikit sebanyak kisah sahabat aku. Jemput baca ye 😊





Yes, sadly to say, aku tak pernah ada so-called sahabat sehidup semati. 😊🔫



Entahlah. Bukan nak kata aku tak cuba untuk cari, I did okay. Thrice, But semua yang aku cop atas kepala diorang as 'bestfriend' akan ending with aku jadi menyampah dengan dia.

Semacam aku develop a kind of menyampah-disorder kat kawan baik aku sendiri. Disorder ni memang dia attack tanpa ketuk pintu bagi salam ape, tak.


Teringat balik kisah sekolah menengah aku, bukan main rapat lagi aku dengan someone ni. Ibarat belangkas la boleh katakan. Tapi one day tu, tetiba aku jadi moody tengok muka dia. Duduk still sebelah-sebelah but diam tak cakap sepatah haram pun. And then aku lama-lama jauhkan diri dari dia. Aku boleh nampak dia agak konfuse ape salah dia yang dia buat kat aku. Aiseh. Sorry brother. 

Bersalah pulak aku jadinya bila ingatkan balik kisah ni. Bukan dia sorang. Ramai lagi yang jadi mangsa sampah-menyampah aku ni.

Kepada kawan-kawan yang jadi mangsa disorder aku ni, aku nak mintak maaf sangat-sangat. Korang tak salah. Aku yang bermasalah!
And currently pun benda sama yang jadi. Korang yang kenal aku mesti tahu dengan siapa aku selalu berjalan kan ? But situasi dah tak sama cam dulu, kan ?

Yes, disorder ni menyerang lagi. And aku dah expect benda ni dari dulu lagi. Sejarah bestfriend aku semua ending yang sama - Aku. Menyampah.

But aku insist nak try cari lain, ingatkan disorder ni aku boleh kawal since dah matang boleh fikir. Last-last haramjadah.

And disebabkan disorder ni jugak la aku tak berasa nak kahwin. Entah sehari dua aku dah start menyampah kat dia.


Teringat kata-kata dari lecturer mandarin aku,



"Kalau ada bestfriend, jangan sebilik sekali. Duk asing-asing."
-Azeezeen Laoshi-



Tambah pulak peribahasa dari Ustaz yang ajar aku CTU. Peribahasa ni biasa-biasa je kalau korang baca. Cuma masa dia sebut tu seakan leave a deep impact to deep in my heart you know!


"Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Sayangkan anak, tangan-tangankan."
-Prof Madya Muhammad Azam-



Both quote tu aku rasa ada betulnya, dengan berjauhan kita punya rasa cinta tu menebal. And kita akan appreciate setiap detik bila bersama. Macam korang yang tengah bercouple tu laa. Asyik wasep/call je manjang, Nyampah kay nyampah. Haaa kang disorder ni attack aku lagi. Hm hm.

Jadi, dengan umur yang makin lanjut ni, aku still akan terus mencari. Takkan nak hidup sorang-sorang je kan ? Kita hidup ni kena ada orang yang sanggup sehidup semati dengan kita. Ye la, kita ni bukan selalu hidup takde ujian. Kena ada member rapat ni. So that Allah jadikan orang-orang tu sebagai asbab doa kita dimakbul. Allahu azmi.

Kata orang,



"Siapa yang tidak belajar sejarah akan mengulanginya."


Well, at least kita boleh tahu apa yang akan berlaku seterusnya, kan ?
Apapun, yes, lesson learnt.
1. Jangan selalu berkepit dengan member baik tu.
2. Jangan duk serumah. Sebilik is a BIG NO🙅


Doakan pakcikamm jumpa bestfriend yang kekal lama ye! 🙏

Saturday, December 17, 2016

Nak Tulis Something

Assalamualaikum, hai !

Its has been a while since my last post.

Dah lama tinggal, hari ni baru terasa nak selongkar balik blog. Nak aktifkan balik sebab Facebook dan Twitter nampak tak selamat untuk aku meroyan, luls.

Ada few drafts yang aku karang untuk dipublish tapi tergantung, mungkin sebab sibuk ? Entah la. Nak kata sibuk, apa je yang aku buat. Apapun, bila terbaca balik draft yang aku tulis awal-awal buat blog ni, terperasan, agak berfikiran jauh jugak aku ni ye ? LOL. Impian nak jadikan blog ni sebagai medium untuk aku bagi komen isu-isu semasa hasil dari buah idea diri sendiri. Dah rangka itu ini untuk hidupkan blog ni, tapi hampas.

Tersentap. Dengan diri yang dulu.

Ya, diri ini banyak berubah. Entah mengapa, terasa rindu pada diri yang lama. Gaya pemikirannya, tutur katanya jauh beza dengan diri yang sekarang. Acewah.

Tapi betul la. Rindu. Mungkin ini masa untuk aktifkan balik blog ni. Tunai janji pada diri sendiri. Tapi mungkin gaya penulisan berubah tidak mengikut seperti yang dirancang awal-awal penubuhan ( penubuhan is LOL) blog ni.

Jadi, setakat ni je lah dulu entry "Nak Tulis Something". Semoga dengan tertapaknya entry pertama selepas setahun lebih blog ni ter-hanging, dapat beri semangat untuk aku terus mencoret.

p/s: In case lepas entry ni pun blog tetiba ter-hanging lagi, nak tinggalkan mesej kat diri sendiri,
       To diri sendiri, pergi mampus. Terima Kasih.

Doakan pakcikamm terus mencoret ye guys 😁